I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 28, 2010

gerhana bulan.


Ini gerhana bulan yang mama copy kat sini .Along nak letak gambar ini di blog along.Along sudah belajar pasal planet,bulan dan matahari . Along dan angoh melihat gerhana ini di astronomi.

Wednesday, June 23, 2010

hari jadi angah ke 5.

Hari jadi angoh bermula pada hari khamis. Angoh sangat gembira kerana hari ini hari jadi angoh. So , angoh suruh along buat hadiah untuk angoh. Along pun tulis blog ini suruh ingat bila hari jadi angoh .Along berhenti setakat ini saja.

Sunday, June 6, 2010

malam ini...

Malam ini ,mama sedang buatkan air untuk along dan adik. Angoh tertidur semasa angoh duduk di atas sofa di ruang tamu,jadi kasihan angoh sebab tak boleh minum air yang mama sedang buat. Mama buat air milo sedap tau, he..he.. Papa marah kepada along kerana along asyik menulis blog. Sebenarnya, papa yang nak tulis blog.Papa nak guna laptop papa pula.Esok pula along cuti lagi .Sebenarnya along cuti 14hari.

Lapbook angoh.

Mama sedang mengajar along dan angoh berwudu dan bertayamum.Selepas mengajar ,mama nak membuat lapbook berwudu pula.Along pula membaca buku cerita angoh dan angoh sedang menolong mama membuat lapbook angoh.Selepas siap gunting mama dan angoh nak tampal cara-cara berwudu.Selepas siap buat lapbook ,angoh ada kelas tambahan tetapi balqis tak pergi kerana balqis tertidur di dalam kereta tadi.So, tinggal angoh pula kena pergi ke kelas tambahan untuk sesi bercerita(read aloud).

Saturday, June 5, 2010

Jemput-jemput pisang.

Jemput-jemput pisang.

Hari ini mama telah menggoreng jemput-jemput untuk semua orang .Selepas siap latihan along,along pun makanlah jemput-jemput yang mama goreng itu .Papa baru siap mandi dan mama sedang bersiap untuk pergi membeli baju along dan angoh . Kerana baju along kecil dan baju angoh terkoyak.Papa dan mama nak pergi ke Pantai Timur untuk membeli baju along dan angoh.

Pada hari Sabtu .

Pada hari Sabtu ini ,along dan papa cuti.Pagi ini ,mama suruh mandi dan nak pergi ke kedai roti canai untuk makan di situ . Nanti balik ,along,angoh dan balqis ada kelas tambahan di rumah.Mama nak mengajar semua aktiviti yang along tak tahu.

Bercuti di rumah tokma .

Along dan pokok jagung.

Pada hari ini , along pergi ke rumah tokma. Along nampak tokma menanam pokok jagung di kebun tokma. Mama mengambil gambar along di tepi pokok jagung tokma untuk diletakkan di dalam blog along.

Friday, June 4, 2010

Window shoping di KB Mall.

Bersama Angoh

'Chocolate Blog' ni Balqis yang punya..

Di KB mall, along pergi ke kedai buku untuk membeli buku along dan angoh. Along membeli buku kisah Nabi Musa a.s dan Keangkuhan Raja Firaun . Selepas membeli buku,along pergi ke kedai makanan untuk makan dan minum .Selepas itu ,along pergi ke kedai buku rpustaka seri intan.Mama nak beli drawing blok dan buku aktiviti untuk angoh.Selepas tu, along pun balik ke rumah along.

Pertama kali tulis blog

Pada hari Sabtu Along nak tulis blog dalam blog baru along . PADA HARI SABTU PAPA DAN ALONG CUTI. ALONG NAK TULIS APA ALONG BUAT HARI INI.Mama dah membuat blog untuk along. MAMA SURUH ALONG TULIS APA YANG ALONG NAK TULIS DI DALAM BLOG ALONG.Along pun tulis apa yang along nak tulis. Nanti along sudah siap tulis blog along, along kena bagi tahu mama dulu nanti along siap. Mama nak baca blog along. Mama nak cek betul yang along taip ni. Selepas siap tulis blog along nak pergi makan roti canai tapi balqis tak mandi lagi kerana balqis bangun lewat. Balqis tidur lewat semalam. Balqis bermain komputer dengan papa,papa pula nak tulis blog papa semalam.Selepas balqis sudah mandi baru kita pergi makan.